Cari Blog Ini

Sejarah Sekolah


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH



Sekolah ini dibina pada awal tahun 1984 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat melalui pakej pertama pinjaman berjumlah RM 30 juta dari Asian Development Bank. Organisasi pentadbiran sekolah bermula pada 1 Januari 1986 dengan kehadiran 21 orang guru di bawah pimpinanTn Hj Md Dom Bin Mohd Yunus yang memangku jawatan Pengetua hingga 1987. 





Sesi akademik pertama bermula pada 20 April 1986 dengan kemasukan kumpulan perintis seramai 238 pelajar yang mengikuti kursus diperingkat Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV). Antara bidang vokasional yang diikuti ialah Elektrik, Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan dan Penyejukan Dan Penyamanan Udara.




Pada 1 Jun 1987, sekolah ini menerima Pengetua yang pertama Tuan Hj. Mohd Rafdi Bin Mohd Taha. Mulai tahun 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dalam sistem pendidikan vokasional. Berdasarkan keupayaan dan minat, pelajar-pelajar dijuruskan kealiran pendidikan vokasional dan kemahiran. Pelajar-pelajar aliran vokasional disalurkan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Manakala pelajar aliran kemahiran pula menduduki Peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) diPeringkat Asas pada akhir tahun pertama (tingkatan 4) dan Peringkat Pertengahan pada akhir tahun kedua (tingkatan 5).





Pada 16 November 1995, sekolah ini telah terpilih dinaikkan taraf menjadi sekolah menengah teknik. Perubahan ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai ahli teknokrat dan tenaga mahir yang lebih berkemampuan bagi memenuhi keperluan Pelan Induk Perindustrian Negara. Mulai saat itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang diterajui oleh En Yaacob Bin A.Kadir sebagai pengetua.

Kumpulan pertama pelajar yang terpilih memasuki tingkatan 4 telah mendaftarkan diri pada 10 Jun 1996 untuk mengikuti kursus Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal. Proses pengubahsuaian telah turut dijalankan antaranya 3 buah bengkel iaitu bengkel Binaan Bangunan, Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Elektronik telah diubahsuai menjadi makmal-makmal Sains Am, Makmal Bahasa , dan bilik lukisan telah diubahsuai menjadi makmal Sains Tulen dan makmal komputer.

Dari semasa kesemasa dilakukan perubahan mengikut kesesuaiannya. Kini sekolah ini juga terlibat dalam Program Sekolah Bestari dan celik ICT.

Pengetua Yang Pernah Berkhidmat 
Tuan Haji Mohd Rafdi Bin Mohd Taha
Tuan Haji Mohd Rafdi Bin Mohd Taha
1987-1995

En Yaacob Bin A Kadir
En Yaacob Bin A Kadir
1995-2001

Tn Hj Shamsudin Bin Abd Rahman
Tn Hj Shamsudin Bin Abd Rahman
2001-2004

Puan Hjh Junaidi Bt Santano
Puan Hjh Junaidi Bt Santano
2004-2006
Tuan Hj Salim Bin Bahri
Tuan Hj Salim Bin Bahri
2006-2007


Tiada ulasan:

Catat Ulasan